Amah Sri Lanka Dihukum Mati

Amah Sri Lanka Dihukum Mati

Arab Saudi – Seorang pembantu rumah warga Sri Lanka,  Rizana Nafeek menjalani hukuman potong kepala di Dawadmy, berhampiran Riyadh selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang bayi pada 2005.
Kejadian berlaku ketika Rizana berusia 17 tahun.
Biarpun mendapat tentangan kumpulan aktivis yang turut meminta supaya Rizana dibicarakan di bawah mahkamah juvana, namun hukuman itu tetap dilaksanakan.
Rizana dihukum mati pada 2007 selepas dituduh mencekik bayi berusia empat bulan, selepas bergaduh dengan ibu bayi berkenaan.
Namun Rizana mendakwa dia tidak bersalah dan bayi itu meninggal dunia akibat tersedak susu.
Terdapat juga laporan bahawa dia tidak dibenarkan mendapatkan seorang peguam ketika perbicaraan berlangsung pada 2007.
Menurut kumpulan aktivis, umur Rizana hanya 17 tahun ketika dia memasuki Arab Saud.
Namun bagi membolehkan dia bekerja di Arab Saudi, umurnya dalam pasport telah ditambah enam tahun lagi menjadikan usianya 22 tahun.
Hukuman mati yang dijalankan ke atasnya itu turut mendapat kecaman daripada kerajaan Sri Lanka.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story