‘Abam Peah’ Sedekah Petrol Percuma Di Kota Bharu

'Abam Peah' Sedekah Petrol Percuma Di Kota Bharu

APA yang dilakukan mungkin nampak kecil, namun besar maknanya buat golongan yang benar-benar memerlukan.

Itulah yang dirasai oleh kira-kira 500 penunggang motosikal di sekitar Kota Bharu, Kelantan apabila tidak melepaskan peluang mendapat petrol percuma di Stesen Minyak Shell, Jalan Kebun Sultan, hari ini.
Usaha murni tersebut sebenarnya atas sumbangan ikhlas seorang usahawan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Abam Peah.
Petrol percuma itu mula diberikan kepada penunggang motosikal dari jam 9 pagi ke 11 pagi tadi.
Difahamkan, hebahan mengenai pemberian petrol percuma itu telah dilakukan Abam Peah sejak beberapa hari lalu menerusi laman Facebooknya.
'Abam Peah' Sedekah Petrol Percuma Di Kota Bharu
'Abam Peah' Sedekah Petrol Percuma Di Kota Bharu
“Hari ini seawal 9 pagi ramai yang berkumpul untuk mengisi minyak percuma dan awalnya saya hanya menyediakan 250 kupon minyak sahaja sebelum habis 40 minit kemudian.
“Disebabkan sambutan menggalakkan saya menambah lagi 250 kupon dan selesai sepenuhnya hampir jam 11 tadi,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, dia enggan mendedahkan kos petrol keseluruhan yang disedekahkan sepanjang pagi hari ini.
Pada masa yang sama, dia akui berasa gembira dapat membantu meringankan golongan yang memerlukan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story