Rela Disunat Dua Kali Jika Ini Doktornya

Rela Disunat Dua Kali Jika Ini Doktornya...

JIKA dahulu pernah viral menerusi laman sosial kisah beberapa doktor lelaki yang kacak dan handsome sehinggakan ramai dalam kalangan wanita tidak senang duduk dibuatnya.

Namun kini lain pula senarionya apabila tersebar beberapa keping foto mengenai seorang doktor wanita dari Filipina yang mampu menggetarkan tulang rusuk kaum Adam.
Cerita doktor tersebut yang bernama sebagai Krestle Lailene Deomampo ‘meletus’ di laman Internet kerana memiliki rupa paras yang cantik.
Malah bukan itu sahaja, profesionnya sendiri sebagai seorang doktor sunat turut menjadikannya popular kerana pekerjaan itu jarang dikuasai oleh wanita.
Berikut ini adalah beberapa foto cantik Deomampo yang pasti membuatkan nafsu kelakian anda meronta-ronta.
Rela Disunat Dua Kali Jika Ini Doktornya...
Rela Disunat Dua Kali Jika Ini Doktornya...
Menurut sebuah laman berita, Deomampo menjadi fenomena dalam kalangan penduduk setempat apabila kelibatnya buat pertama kali dilihat ketika menyertai sebuah acara amal yang diadakan oleh San Pedro National Highschool, Laguna.
Populariti Deomampo yang berasal dari Davao itu semakin memuncak apabila dia berjaya menyunatkan 28 remaja ketika menyertai acara kebajikan tersebut.
Sejak itu foto-fotonya mula tersebar dan rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki, bahkan mereka ‘menganugerahkan’ dia dengan gelaran doktor sunat paling cantik di dunia.
Kecantikan yang dimiliki menjadikan ramai dalam kalangan kaum Adam berangan-angan dan menyatakan hasrat untuk disunat buat kali kedua jika doktor yang melakukan prosedur itu ialah Deomampo. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story