Trump Sindir Clinton, Masih Boleh Menang Tanpa Artis

Trump Sindir Clinton, Masih Boleh Menang Tanpa Bantuan Artis

NEW YORK – “Hari ini adalah Hari Kemerdekaan kita,” isytihar Trump sambil menambah lagi: “Hari ini rakyat Amerika Syarikat (AS) daripada kelas pekerja akan ‘menyerang’ balas semula.”

Bakal presiden AS ke-45 itu secara sinis berkata, beliau tidak memerlukan bintang terkenal seperti Jay Z, Beyonce atau Lady Gaga untuk menarik kehadiran penyokong kepada parti itu seperti yang dilakukan oleh Hillary Clinton.
“Apa yang kita perlu ialah idea hebat untuk menjadikan AS kembali hebat,” katanya sebelum mengakhiri kempen dan 24 jam kemudian ketika keputusan penuh diumumkan, Trump disahkan memenangi pilihan raya presiden AS.
Mengikut kedudukan semasa laporan laman web akhbar popular USA Today, calon Republikan itu selesa dengan 289 undi electoral college atau perwakilan peringkat negeri manakala Clinton kekal jauh dengan 218 undi sahaja.
Trump, 70, akan menjadi satu-satunya presiden yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan negara kuasa besar dunia tersebut untuk mengetuai pentabiran White House sejak dekad 1950-an.
Beliau malah menjadi presiden AS yang paling tua dalam sejarah selain menawan balik jawatan tertinggi di negara Uncle Sam itu daripada pemimpin Demokrat yang kini dipegang Barack Obama dalam tempoh lapan tahun.
“Inilah masanya untuk rakyat AS kembali bersatu. Kepada semua penyokong Republikan, Demokrat dan bebas di seluruh negara, bagi saya ini merupakan masanya untuk kita bersama-sama menjadi negara yang bersatu.”
Trump Sindir Clinton, Masih Boleh Menang Tanpa Artis
“Inilah masanya,” kata Trump sambil ditemani ahli keluarganya ketika berucap di hadapan penyokong di pekarangan hotel Hilton Midtown di Manhattan, di sini yang menjadi ibu pejabat kempen parti Republikan.
Dalam perkembangan lain, Republikan yang sinonim dengan lambang gajah dan gelaran Grand Old Party ‘menyapu’ bersih kedua-dua badan tertinggi AS iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan menerusi kemenangan majoriti.
Parti pimpinan Trump itu meraih undian majoriti sebanyak 51 sokongan untuk menguasai Dewan Senat berbanding Demokrat, yang terkenal dengan lambang kaldai sekadar memperoleh 47 undian .
Dewan Perwakilan juga dimonopoli oleh Parti Republikan dengan undian sebanyak 234 berbanding 178 yang diraih parti pimpinan Hillary, 69, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Negara.
Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara tersebut sambil mengucapkan tahniah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story