PU Rahmat Pertahan PU Faiz, Wanita Itu Pernah Ajak Seks

'PU Faiz Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk' - PU Rahmat

SEJAK semalam, nama naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli hangat diperkatakan masyarakat Malaysia setelah beritanya didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu, tersebar.

Dalam pertuduhan yang dibacakan itu, Ahmad Faiz; 27, atau lebih dikenali sebagai PU Faiz didakwa melakukan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi; 29, di Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, Kota Damansara, Selangor.
Sementara itu, rakan seperjuangannya, PU Rahmat tampil menafikan pertuduhan tersebut dan memperjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Menurut PU Rahmat, tindakan PU Faiz bukanlah mencenderakan wanita itu sebaliknya adalah demi ‘mempertahankan diri’ kerana berlakunya cubaan memeluk oleh wanita tersebut.
Selain itu, PU Rahmat turut mendakwa wanita berkenaan sering mengganggu PU Faiz sehinggakan dia pernah menyatakan hasrat ingin melakukan hubungan seks bersama PU Faiz.
Berikut penjelasan yang ditulis PU Rahmat menerusi laman Facebooknya,
2
1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yang tertulis di dada-dada akhbar.
2)Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerana menceroboh(sebutan kes beliau pada Rabu ini).
3) PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerana cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.
4) Wanita itu sering menganggu kami dengan hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz untuk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.
5) Sering Mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.
6) Cemburu dengan kebahgiaan kami dan menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.
Kesimpulannya. Ini adalah dugaan utk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akn tenang hadapi. Mohon sebaran bagi Menjelaskan Fitnah ini.
Dalam pada itu, PU Rahmat percaya wanita berkenaan mempunyai masalah kesihatan mental.
Terdahulu, PU Faiz mengaku tidak bersalah mencederakan Nurul Intan kira-kira jam 2.30 petang, bertarikh 26 September lalu.
Berikutan itu, PU Faiz dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 7 Disember ini. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story