Datuk 80 Tahun Pecah Tradisi Muncul Di Pentas Peragaan

Datuk 80 Tahun Pecah Tradisi Muncul Di Pentas Peragaan

SEORANG lelaki berstatus datuk memecah tradisi dalam dunia peragaan China apabila mencuri perhatian muncul di pentas peragaan negara itu.

Dilahirkan di Shenyang pada 1936, memiliki lapan adik beradik serta bapanya pula seorang tukang masak.
Wang Deshun berusia 80 tahun digelar sebagai ‘hottest grandpa’ oleh warga tempatan selepas kelibatnya dilihat ketika Minggu Fesyen China.
Datuk 80 Tahun Pecah Tradisi Muncul Di Pentas Peragaan
Meskipun sudah lanjut usia, Deshun yang dahulunya merupakan seorang pelakon turut memiliki sosok badan yang menarik persis lelaki muda.
Tahun lalu, pada usia 79 tahun, kemunculan Deshun di Minggu Fesyen China dengan imej berambut panjang warna putih dan tidak berbaju meraih perhatian hebat dan menjadi sensasi di internet.
Kemunculan Deshun di acara gilang gemilang itu membuktikan dunia peragaan tidak terbatas oleh had umur.
Datuk 80 Tahun Pecah Tradisi Muncul Di Pentas Peragaan
Katanya, seseorang itu mampu untuk merubah hidupnya sebanyak mana mereka mahu selagi matlamat disematkan dalam fikiran.
Tambahnya, untuk menjadi seperti hari ini dia telah berusaha selama 60 tahun.
“Persekitaran menentukan usia tetapi anda yang menentukan fikiran anda,” katanya kepada sebuah laman.
Malah video ‘Be The Fiercest’ yang menampilkan Deshun telah ditonton lebih 500,000 kali sejak ia dimuat naik Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story