TAIPING – Operasi Klinik Kesihatan Taiping di Jalan Tupai, di sini, terganggu petang ini apabila sebahagian siling bangunan tersebut runtuh selepas dilanda hujan lebat.
Menerusi dua rakaman video yang giat diperkongsikan netizen di media sosial, ia menunjukkan air hujan mengalir keluar daripada siling dan sebahagian besar siling aras utama bangunan berkenaan runtuh.
Difahamkan, hujan lebat melanda di kawasan itu selama dua jam sebelum tanda-tanda kebocoran siling dikesan.
Para Pesakit yang berada di klinik dipindahkan ke Hospital Taiping dan di klinik kerajaan lain, termasuk di kawasan Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.
Kakitangan perubatan di klinik Taiping juga turut ditugaskan di klinik lain
Kejadian yang berlaku pada tengah hari itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan, namun berlaku kerosakan harta benda. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment