Perlu Berfikir Di Luar Kotak Supaya Lebih Kompetitif

FW329773_KL13_160614_ROSMAH-lpr

KUALA LUMPUR – Usahawan wanita kaum India harus peka dengan perkembangan semasa dan berfikir di luar kotak supaya lebih berdaya saing dalam perniagaan yang diceburi, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata usaha yang dilakukan mereka tidak seharusnya mengikut kaedah konvensional semata-mata tetapi perlu mempunyai tarikan tersendiri.
“Cabaran yang bakal ditempuhi di masa hadapan adalah semakin kompleks dan oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kemahiran, pengetahuan dan bersedia menerima perubahan teknologi,” katanya.
Justeru, golongan usahawan mesti berfikir secara kritis dan konstruktif dalam mencari penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi dalam perniagaan, kata Rosmah ketika berucap pada majlis ‘Memacu Kejayaan 100 Juta’ di sini, hari ini.
Acara tersebut merupakan majlis apresiasi buat usahawan wanita kaum India yang telah berjaya melalui program anjuran Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Rosmah berkata usahawan harus bijak mengambil peluang yang disediakan agensi seperti SEED agar dapat meningkatkan kebolehsaingan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Katanya, SEED berperanan sebagai penghubung atau orang tengah dalam memastikan usahawan kaum India dapat berurusan dengan pihak kerajaan, swasta dan agensi yang berkaitan dengan lebih mudah.
“Sehingga kini SEED telah dapat membantu lebih daripada 28,000 usahawan kaum India dengan pinjamam mudah kerajaan berjumlah RM1.15 bilion.
“Fungsi dan peranan SEED adalah amat besar dan signifikan dalam memajukan ekonomi masyarakat India secara keseluruhannya,” katanya.
SEED merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan meneraju, memacu dan menyelaras penglibatan usahawan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.
Sekretariat itu ditubuhkan sebagai unit strategik di JPM pada 1 Ogos 2012 untuk memberi bimbingan serta maklumat secara terperinci mengenai pinjaman dan bantuan kerajaan untuk usahawan berkenaan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story