GARA-GARA kad yang dimiliki tidak boleh digunakan, seorang pengguna jalan raya melepaskan marahnya kepada jurutol wanita dengan menampar dan menendangnya tanpa belas kasihan.
Kejadian tersebut berlaku di plaza tol Paliman, Cirebon yang terletak di Jawa Barat Indonesia baru-baru ini apabila pemandu kereta dari arah Cirebon ke Jakarta melalui tol dengan membayar 6,000 rupiah (RM1.96 sen) menggunakan kad.
Bagaimanapun, kad dan sistem di tol tersebut mengalami kerosakan sehingga menyukarkan jurutol tersebut melakukan transaksi.
Melihat keadaan tersebut, pemandu lelaki naik berang dan memarahi jurutol wanita itu sebelum ditenangkan seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan.
Kejadian berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup di dalam bilik tol tersebut dan menjadi viral di laman sosial.
Dalam rakaman video tersebut, kelihatan pemandu kereta dalam keadaan memarahi jurutol itu sebelum seorang lelaki menghampiri dan membantu dengan mengambil wang untuk transaksi tol.
Pemandu kereta tersebut kelihatan beredar sebelum menghampiri jurutol wanita tersebut dan menamparnya.
Mungkin berang dengan tindakan jurutol itu, pemandu tersebut masuk ke kawasan bilik tol dan menendang kerusi sebelum berlalu pergi.
Netizen mengkritik tindakan pemandu kereta tersebut yang melakukan keganasan terhadap wanita namun ada juga menganggap jurutol wanita itu turut bersalah dalam kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC
\
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment