Jawatankuasa Fatwa Perlis: Suntikan Vaksin Wajib

Jawatankuasa Fatwa Perlis Putuskan Suntikan Vaksin Wajib

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin adalah kaedah paling berkesan sebagai pencegahan terhadap penyakit yang membawa kemudaratan dan umat Islam wajib mendapatkannya.
Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 dan 4 Okt lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti mampu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak merbahaya.
“Kecuaian ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membahayakan nyawa anak-anak sendiri adalah berdosa,” kata Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam kenyataan di sini hari ini.
Oleh itu, masyarakat Islam di Perlis digesa tidak menolak suntikan vaksin dan keengganan mendapatkan pencegahan berkenaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
Malah ibu bapa yang tidak mahu imunisasi itu diberikan kepada anak mereka sehingga menyebabkan penularan wabak merbahaya dalam kalangan masyarakat juga berdosa, kata jawatankuasa itu.
Vaksinasi ialah proses memberi imunisasi kepada bayi bertujuan mencegah penyakit berjangkit yang boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut di mana jika ada kesan sampingan ia adalah ringan dan tidak membahayakan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story