Syabas Pak Nasir


Alor Setar: Pelari solo, Nasir Abas, 61, tiba di pekan Kuala Kedah jam 3 petang tadi dan disambut hampir 200 penyokong Hijau Kuning.
Nasir atau Pak Nasir diiringi pengasas minyak wangi Dhi’act Parfum, Datin Siti Insiah Abdul Wahab, suaminya, Datuk Noridan Spee Yee dan 15 penunggang motosikal dari Kumpulan DCT Sdn Bhd.
Nasir ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat menamatkan larian solo sejauh 500 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam ke Kuala Kedah sejak 31 Oktober lalu.
Katanya, antara cabaran dilaluinya ialah tersilap laluan dari Shah Alam ke Rawang yang sepatutnya melalui Lebuhraya Guthrie tetapi memasuki jalan lain yang agak sesak dan banyak susur keluar.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana berjaya mengharungi cabaran dan rintangan sambil diiringi isterinya, Faridah Lowamiah, 58, serta rakannya, Fisol Hassan, 40.
"Ramai penyokong Hijau Kuning menunggu sepanjang laluan lama Jalan Sungai Petani-Alor Setar bermula jam 8 pagi sejauh kira-kira 30 kilometer.
"Sepanjang laluan ramai penyokong berhenti mengambil gambar sebagai sokongan kepada saya yang berjaya menamatkan larian solo ini," katanya. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story