Konflik Elly-Ramli: Alyah Dapat Panggilan, Mesej Tak Dikenali

Konflik Elly-Ramli: Alyah Dapat Panggilan, Mesej Tak Dikenali

GARA-GARA komen pedas Datuk Ramli MS terhadap Elly Mazlein, isterinya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Datin Alyah menerima tempias apabila diserang peminat fanatik Elly di laman sosial.


Konflik Elly-Ramli: Alyah Dapat Panggilan, Mesej Tak Dikenali
TERSINGGUNG KOMEN RAMLI MS, ELLY MAZLEIN MAHU TARIK DIRI SEBELUM DIUMUM TERSINGKIR.

Tidak sekadar itu, Alyah turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman daripada individu yang tidak dikenali.
Perkara itu didedahkan oleh Alyah menerusi laman Instagramnya, yang memaklumkan ketenteramannya telah diganggu.
Assalam Saya seLaLu berpesan kepada semua peminat saya.Jgn minat saya terlalu dLm daN jgn dahulukan saya Hingga melebihi maha pencipta.saya takut oleh kerana terlalu minat Yg mendalam Hingga membinasakan orng Lain. Saya Jg seLaLu berpesan kepada peminat peminat saya Yg masih belaja.Dahulukan pelajaran hargai duit ibu bapa daN peluang Yg diberikan.saya or artis letakan ditempat hobi.saya Minta daN saya rela. Saya selalu berckp dgn diri saya sendiri bila saya memasuki pertandingan.Apa Yg perlu saya sediakan adalah 4 perkara iaitu,1 vocal saya,2 mentaL or minda saya kene kuat,3 creativity saya menjalankan tanggunjwb saya diatas pentas,4 menerima segala kemungkinan wlupun payah wlupun sakit.Adakala tumpas dlm pertandingan daN selalu menangis dibelakang stage Tapi hanya saya Saja Yg tahu daN Apa Yg buat saya bangun kembali adalah memikirkan kesusahan saya dulu daN bangun semuLa buat semua orng kagum dgn saya daN buat orng Yg pandang rendah pada saya telan blk Apa Yg Dia ckp dulu.syukur pada ALLAH swt saya mengajar diri saya Utk berLaku adiL daN professional Wlu mcm taufan melanda rumah tangga saya.or wlu Sakit mcm nak hilang nafas pon saya akan cuba nyanyi daN habiskan Kerja saya sebaik Yg saya Mampu.Kerna kerjaya nyanyian saya adalah hak saya.Rumah tangga saya adalah hak kami suami isteri.Begitu jg dgn Dato ramli ms Kerjaya Dia adalah hak dia nothing to do with me Apa Yg selalu saya kirimkan utknya setiap kali Dia melangkah keluar dari rumah adalah Doa……wslaam Tujuan saya buat kenyataan ini Kerana Kamu Yg menganggu ketenteraman saya.Tak cukup ke DM,Msg,Ig txt & call ckp benda2 seperti orng TAk ada Agama.Saya pon TAk mahu campo Hal Yg bakaL merosakan saya tapi kerana kamu lah saya memeberi kenyataan ini.kenyataan saya tidak ditujukan kepada seseorng Tapi kepada semua Yg menarik saya Utk berbuat begini…IAITU KAMU.
A photo posted by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on 
Dalam status itu,  Alyah turut menegaskan bahawa kerjaya suaminya tiada kena-mengena dengan dirinya.
Sementara itu, Alyah memberitahu, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya situasi ini semakin parah.
“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.
“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengugut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya kepada Harian Metro.
Ahad lalu, Elly mengejutkan ramai apabila membuat keputusan menarik diri pada minggu keempat program Gegar Vaganza 3 (GV3) setelah terasa hati dengan komen Ramli yang menyebut mengenai ihsan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story