Mesin ATM Gagal Berfungsi, Muntahkan RM10,000

Mesin ATM Gagal Berfungsi, Muntahkan RM10,000

SATU rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) merakam kejadian sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bangunan memuntahkan sejumlah not wang kertas viral di laman sosial.

Menurut portal worldofbuzz.com, difahamkan wang yang keluar daripada mesin ATM itu terdiri daripada not wang kertas RM50 dan RM100 dianggarkan berjumlah RM10,000.
Menerusi video pendek berdurasi 17 saat itu, seorang lelaki memakai baju hitam dan bertopi ingin mengeluarkan wang di ATM berkenaan.
Mesin ATM Gagal Berfungsi, Muntahkan RM10,000
Mesin ATM Gagal Berfungsi, Muntahkan RM10,000
Alangkah bertuahnya nasib badan lelaki itu apabila ATM tersebut memuntahkan sejumlah wang yang pastinya bukan amaun yang diingininya.
Individu yang tidak dikenali itu kelihatan terkejut dengan insiden tersebut dilihat membongkokkan badannya dan mengaut not wang kertas yang bertaburan di atas lantai.
Bagaimanapun, laman berkenaan tidak menyatakan secara spesifik lokasi kejadian itu terjadi tetapi hanya menyebut ianya berlaku di Kuala Lumpur.
Video yang tersebar telah ditonton hampir dua ribu kali oleh pengguna laman sesawang sejak dimuat naik.
Malah rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berharap insiden itu berlaku kepada mereka.
Seorang netizen Norlizan Awalludin berkata; “Kenapa tak aku huhu.”
Manakala Dzulkarnien Osman pula; “Aku selalu keluar duit kat ATM…Tak pernah dapat cam ni… Asyik-asyik insufficient balance je,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story