Jaclyn Victor Tidak Pernah Jemu Nyanyi ‘Gemilang’

Jaclyn Victor Tidak Pernah Jemu Nyanyi 'Gemilang'

PENYANYI Jaclyn Victor tidak pernah berasa jemu apabila diminta menyanyikan lagu yang menaikkan namanya iaitu Gemilang setiap kali mengadakan persembahan pentas sejak 14 tahun lalu.

Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 38, berkata, Gemilang ialah lagu penting yang mengubah hidupnya dan dia meletakkan dirinya pada tahap sekarang.
“Setiap kali persembahan pihak penganjur memang minta saya nyanyikan Gemilang kerana ia adalah lagu wajib walaupun telah berulang kali saya menyanyikannya selepas menjuarai Malaysian Idol, 14 tahun lalu.
“Pernah juga orang bertanya saya tidak bosan ke tetapi memang saya tidak pernah jemu kerana lagu itulah yang membawa saya ke tahap sekarang.
“Jika saya tidak nyanyi Gemilang persembahan saya seperti tidak lengkap,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Jaclyn berkata, sehingga ke hari ini dia masih menonton persembahan lagu Gemilang pada malam akhir Malaysian Idol jika berasa sedih atau hilang semangat.

Jaclyn Victor Tidak Pernah Jemu Nyanyi 'Gemilang'
DARI KIRI AZLAN, ZIANA, JACLYN DAN MOHAMED JUHARI PADA SIDANG MEDIA KONSERT HIGH NOTE DI ISTANA BUDAYA.

Katanya, selain membangkitkan memori menjuarai pertandingan itu ia juga dapat menaikkan semangatnya dan mengingatkan kembali permulaan dia sebagai penyanyi.
Gemilang sentiasa ada tempat istimewa dalam diri saya malah jika saya sedih atau hilang semangat saya akan tonton kembali persembahan saya pada malam itu.
“Ia akan membuatkan saya tenang dan mengenang kembali kenangan manis dan pahit untuk berada di tahap sekarang,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada akhir November ini, Jaclyn berkata, dia berasa rendah diri apabila bakal berkongsi pentas dengan Ziana Zain dan Azlan The Typewriter.
Bagaimanapun kata Jaclyn, dia akan memberikan terbaik pada konsert itu nanti selain beberapa kejutan untuk penonton.
“Saya mengagumi Ziana dan Azlan kerana kemantapan vokal mereka cukup mengagumkan dan peluang bersama mereka pada konsert itu nanti membuatkan saya berasa rendah diri.
“Tetapi apa yang paling penting kami bertiga akan memberikan persembahan mantap selain beberapa kejutan untuk yang hadir nanti,” katanya.
Tambah Jaclyn, dia akan menyampaikan enam buah lagu popularnya pada konsert itu nanti.
Konsert High Note 2016 bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM142 sehingga RM506.
Tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticketpro.com.my atau sebarang pertanyaan dan tajaan boleh menghibungi talian 016-4444937. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story