SEORANG lelaki mabuk menimbulkan kekecohan dalam sebuah pesawat apabila bertindak membogel diri menyebabkan kapal terbang itu terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Oliver Gee, 34 seorang warganegara Britain membuat onar dalam pesawat milik syarikat penerbangan Condor iaitu sebuah pesawat khas dari Cancun, Mexico.
Insiden berlaku ketika pesawat tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan ia terpaksa mendarat di Amerika Syarikat kerana insiden terbabit.
Gee yang menetap di Mexico didakwa atas pelbagai kesalahan kerana melakukan serangan serta mengugut untuk membunuh anak kapal tersebut.
Seorang saksi warganegara Switzerland berkata; “Dia (suspek) berdiri dan menanggalkan baju dan seluarnya serta melaungkan ‘Saya mahukan dadah bukan alkohol.”
Manakala menurut seorang penumpang lain, suspek menjadi berang apabila kemahuan tidak dituruti dan lelaki warga Switzerland itu terpaksa menghalang suspek dari mendekati anak perempuannya berusia tiga tahun.
Malah bukan itu sahaja, suspek juga bertindak untuk kencing di ruang kabin pesawat tersebut namun sempat dihalang oleh anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan.
Malangnya, kedua-dua mereka ditampar oleh Gee sebelum diugut bunuh dengan memberitahu dia mengenali beberapa warga Mexico yang sanggup membunuh untuknya.
Gee ditahan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) setelah pesawat itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Jacksonville, Florida sebelum meneruskan perjalanan ke Frankfurt. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment