IKA sebelum ini penjual teh kacak dikenali sebagai Arshad Khan, 18, berjaya menambat hati warga Internet dengan ketampanan dan matanya yang berwarna biru kehijauan.
Kini muncul ‘lawannya’ pula iaitu seorang gadis Nepal yang menjual sayur apabila turut mencetuskan fenomena sama susulan kecantikannya berjaya memukau pengguna laman sesawang.
Kelibat Kusum Shrestha, 18, dari Bagling, Gorkha dirakam oleh jurugambar RupChandra ketika memikul berbakul-bakul tomato di jambatan gantung antara Gorkha dan Chitwan.
Foto tersebut kemudian dimuat naik ke laman sosial sebelum menjadi sensasi menerusi Internet.
Salah seorang pengguna laman sesawang yang enggan dikenali berkata si penjual teh dan si penjual sayur sangat secocok dipadankan bersama.
Malah menurut remaja wanita ini kepada laman BBC Nepal, dia mendapat tahu tentang berita fotonya menjadi sensasi di Internet melalui rakannya.
“Kawan saya bertanya kepada saya sama ada sayakah wanita seperti di dalam gambar-gambar yang menjadi viral di Facebook tetapi saya tidak tahu.
“Kemudian dia menghantarkan gambar-gambar tersebut, barulah saya sedar bahawa itu memang saya,” jelasnya.
Selain cantik, Shrestha juga merupakan pelajar jurusan pengurusan dan perniagaan sayur dilakukan secara sambilan ketika musim cuti untuk membantu keluarganya lapor Berita MediaCorp memetik laman Daily Mail.
Teruja dengan populariti yang diraihnya secara tidak sengaja, Shrestha tidak teragak-agak untuk mengikut jejak langkah Arshad yang kini sudah terkenal dan menjadi model beberapa jenama di negaranya. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment