Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah

Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah

WASHINGTON DC – Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.

Rekod baharu itu didedahkan pakar ekologi terkenal, Greg Asner dari Carnegie Institute of Science berpusat di sini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Nadi’ Borneo Antarabangsa 2016 di Kota Kinabalu hari ini.
Awal tahun ini sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan menjumpai sebatang pokok setinggi 89.5 meter di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.
Ia merupakan hutan yang dilindungi pihak Jabatan Perhutanan Sabah, namun rekod itu dipintas hasil penemuan terkini dijalankan pasukan Asner pada Mei lalu di kawasan hutan berbukit Lembah Danum dekat Lahad Datu.
Pokok raksasa terbaharu itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.
Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah
Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.
Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS,
Asner dalam pada itu menyatakan, saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekali gus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.
Pasukannya menggunakan sebuah pesawat Carnegie Institute of Science’s Airborne Observatory yang dilengkapi dengan laser canggih untuk menjalankan kerja pengukuran pokok di hutan Sabah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story