SESIAPA yang menonton rancangan Lara Oh Lara, pasti geram melihat telatah dan fizikal gebu anak pasangan terkenal Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana, bukan?
Menurut bapanya Awal Ashaari, fizikal Lara seperti berat dan ketinggian sebenarnya melebihi kanak-kanak yang seusianya.
“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya.
“Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang,” katanya kepada ProjekMMO.
Selain itu, bagi penonton setia rancangan realiti itu pasti menyedari anak pasangan selebriti itu tidak banyak bertutur seperti kanak-kanak berusia dua tahun yang lain.
Mengulas hal itu, Awal berkata, anaknya berhadapan dengan masalah itu mungkin disebabkan kekeliruan daripada penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta dialek yang digunakan ibu mentua.
“Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.
“Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa.
“Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” katanya.
Dalam pada itu, Awal memberitahu rancangan Lara Oh Lara yang disiarkan di Astro Ria kini menjadi rancangan kegemaran anaknya hingga membuatkan anaknya fokus ketika menonton rancangan itu. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment