Kantoi Sihir, Amah Dipaksa Minum Air ‘Underwear’

amaaa

AMALAN syirik menggunakan ilmu pengasih, sihir atau memohon bantuan daripada jin bukanlah perkara baru di kalangan masyarakat sedunia.

Ada dikalangan golongan isteri yang sanggup melakukan perbuatan khurafat seperti membuat ‘nasi kangkang’ untuk menundukkan suami.
Dalam kepercayaan sesetengah kaum Melayu, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan amalan sihir.
Amalan-amalan ini bukan sahaja merupakan dosa besar, malah ia amat dilarang di dalam Islam.
Terbaru, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cheng Li menjadi viral di media sosial gara-gara memaparkan aksi seorang amah yang berjaya ditangkap oleh majikannya kerana cuba melakukan perkara yang menjijikkan.

Amah yang dipercayai warga Filipina itu ditangkap bersama bahan-bahan ‘mandrem’ miliknya iaitu sehelai seluar dalam yang diperam dalam sebekas air.
Difahamkan air seluar dalam tersebut dicampur ke dalam makanan dan diberikan kepada majikannya. Cara jijik ini dipercayai dapat menundukkan majikannya dan membuatkan amah ini akan lebih disayangi.
Menerusi video, kelihatan amah tersebut dipaksa meminum air jampian seluar dalam tersebut. Mungkin dia didesak berbuat demikian kerana majikannya berasa sangat marah dan bengang setelah mengetahui perkara tersebut.
Lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan namun dari bahasa pertuturan majikannya itu, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara Timur Tengah. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story