Hampir 300,000 Rakyat Kelantan Ada Masalah Mental

Hampir 300,000 Rakyat Kelantan Hadapi Masalah Kesihatan Mental

BACHOK – Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah tersebu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.
“Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussain.
Dr. Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.
Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.
Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.
Beliau berkata di samping itu terdapat 10 buah pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story