Video: Cemas!!! Wanita Terkejut Diintai Dalam Tandas

Video: Cemas!!! Ada Mata Dalam Tandas

SEORANG wanita nyaris menjadi mangsa rogol di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Reko, Kajang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Wahida Zainal menyedari seorang lelaki sedang mengintainya dari arah atas di dalam tandas perempuan.
Dia kemudiannya menjerit meminta tolong tetapi malangnya tiada siapa yang mendengar.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Wahida menerusi akaun Facebooknya berkata, sebelum ke tandas itu, dia sudah rasa tidak sedap hati namun tetap meneruskan niatnya.
“Semasa kejadian aku baru masuk tandas itu. Dalam hati dah rasa macam tak sedap hati tetapi diteruskan juga. Siap minta ampun dengan suami kalau tiba-tiba tak sempat jumpa.
“Tak tau kenapa terlintas nak cakap macam tu kat suami. Suami cakap apalah cakap macam itu. Biasalah suami kita tak suka merepek, fikir yang bukan-bukan,” katanya.
Jelasnya, ketika berada di dalam tandas, dia mendongak ke atas dan berdoa supaya dijauhkan perkara yang tidak diingini.
“Tiba-tiba ada muka seorang lelaki terjongol kat atas dari tandas sebelah sedang mengintai aku.
“Aku menjerit sekuat hati meminta tolong tetapi tiada siapa yang menyahut termasuk suami,” katanya.
Wahida berkata, dia menjerit ketakutan hingga menangis kerana bimbang lelaki tersebut menunggunya di luar pintu tandas sambil memegang pisau.
Dia menguatkan diri untuk keluar dari tandas dan terkejut apabila mendapati ada seorang wanita keluar dari tandas sebelah dalam keadaan hairan.
“Ada seorang perempuan keluar dari tandas sebelah satu lagi dan tanya kenapa menjerit dan ada apa yang berlaku?.
“Rupa-rupanya dia dengar aku jerit tapi dia tak menyahut. Aku pun tak tahu kenapa,” katanya lelaki tersebut keluar selepas mendengar jeritannya.
Wahida terus berlari ke arah kereta dan menceritakan kejadian tersebut kepada suaminya, Loqman Hakim Tawil sebelum memaklumkan kepada kakitangan stesen minyak berkenaan.
“Inilah hasilnya. Memang betul-betul jahat. Tergamak dan berani buat benda macam itu di tempat awam. Tapi Alhamdulillah, Allah selamatkan aku lagi..Syukur ya Allah,” katanya.
Pasangan suami isteri itu juga meminta rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada stesen minyak tersebut untuk melihat sendiri kejadian tersebut.
Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki yang baru keluar dari tandas lelaki telah masuk dan menunggu di dalam tandas wanita.
Mangsa dipercayai berada di dalam tandas ketika suspek masuk dan melarikan diri selepas beberapa minit. -MYNEWSHUB.CC



Video Player

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story