Dakwaan Pegawai Lakukan Penderaan Seksual Tak Benar

SPRM_MACC_malaysian_anti-corruption_commission_27072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_03

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya terlibat dengan kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang tersebar di media sosial sejak semalam.
SPRM berkata siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar.
“Laporan polis akan dibuat ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung perkara itu,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Adalah tidak adil bagi SPRM apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu rumah tangga pegawai-pegawainya, kata kenyataan itu.
Pengendali akaun Facebook itu antara lain mendakwa pegawai SPRM berkenaan melakukan penderaan melibatkan anak-anaknya serta memuat naik gambar dan video berkaitan.
Namun, catatan di laman berkenaan telah dipadamkan susulan kenyataan SPRM itu. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story