Anzalna Tak Mahu Dedahkan Teman Lelaki

Anzalna

KUALA LUMPUR – Pelakon, Anzalna Nasir mengakui yang dia terlalu mendedahkan teman lelakinya, Hanif Zaki kepada umum sehingga ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya.
Menerusi Mstar, Anzalna, 24, berkata walaupun cuba berlaku jujur tentang kisah hubungan percintaannya namun kini sudah tiba masanya untuk meletakkan had dalam perkara itu.
“Sejujurnya memang saya sering ditemani kekasih kerana tidak mempunyai lesen memandu dan dia sering menghantar saya ke lokasi atau sesi fotografi.
“Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya,” katanya pada masjlis pelancaran produk Zarraz Paramedical, semalam.
Tambahnya, kedua-dua pihak keluarga ada merancang untuk menyatukan mereka namun mereka tidak mahu tergesa-gesa kerana ingin membina kerjaya terlebih dulu.
Tetapi, kata Anzalna, dia mensasarkan untuk menamatkan zaman solonya sebelum mencecah usia 26 tahun dan berharap ia akan menjadi kenyataan.
“Teman lelaki saya baru memulakan kerjayanya dan saya mahu dia mengukuhkan karier terlebih dahulu namun perkara ini ada juga dibincangkan oleh keluarga.
“Insya Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia 26 tahun,” katanya.
Sementara itu, Anzalna yang hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa memberitahu dia kini sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama selain sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story