7 Kenderaan Kena Banjir Lumpur Di Putra Heights

Banjir Lumpur

KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan melibatkan lima kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini, Khamis.
Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan selamat dan tidakmengalami kecederaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata banjir lumpur berlaku di laluan itu akibat daripada runtuhan tanah daripada Bukit Cermin yang sedang dalam proses pembinaan rumah semi-D.
“Tanah tersebut runtuh kemudian memasuki ke dalam kolam takungan air yang berhampiran dan menyebabkan kolam itu pecah.
“Air dan campuran lumpur tersebut melimpah ke jalan raya yang mana jarak antara kolam dan jalan kira-kira 20 meter,” katanya di lokasi kejadian.
Kenderaan-kenderaan yang pada mulanya tertimbus kemudiannya ‘dihanyutkan’banjir lumpur itu dan pengguna-pengguna kenderaan itu dapat menyelamatkan diri,katanya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang dan sampaidi tempat kejadian dua minit kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang.
“Kejadian tersebut berlaku 500 meter daripada Balai Polis Putra Heights,”katanya.
Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan raya sedang dilakukan dandiharap selesai pada tengah malam ini supaya orang ramai dapat melalui semulajalan tersebut.
Manakala, pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, TanSri Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepasdan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
“Kita mungkin terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya,” katanya sambil menambah keluasan projek itu kira-kira 40.46 hektar.
Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie meminta semua kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sehingga satu kajian dibuat. – BERNAMA
Foto: Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story