KUALA LUMPUR – Kemasukan artis lelaki, Johan ke hospital untuk menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember tahun lalu merencatkan sedikit idea artis lelaki, Zizan Razak untuk beraksi atas pentas Maharaja Lawak Mega 2012 nanti.
Ini kerana kumpulan mereka, Jozan sentiasa bergandingan berdua dalam setiap episod untuk setiap minggu pertandingan MLM 2012.
Justeru, ketiadaan Johan bukanlah bermaksud mereka akan menarik diri dari MLM 2012.
Ketiadaan Johan juga tidak membuatkan Zizan terfikir untuk mencari pengganti Johan walaupun dia mengakui agak susah untuk bergerak tanpa Johan.
“Buat masa ini…saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan…kerana bagi saya Jozan wujud kerana ‘kami’ (Johan dan Zizan)…sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu,” kata Zizan yang dipetik dari Murai.com.
Untuk persembahan kumpulan Jozan malam ini, Zizan masih tidak mendapat sebarang kata putus dari Johan sama ada untuk menyertainya atau tidak.
Malah, Zizan memberitahu pihak Astro juga tidak memberitahu sebarang keputusan tentang nasib persembahan mereka berdua.
“Kalau betul doktor suruh Johan berehat, saya akan teruskan juga beraksi dalam MLM walaupun seorang diri..
“Demi Johan dan Jozan serta peminat-peminat semua, saya akan teruskan perjuangan…Dan jika terpaksa, penggambaran akan dijalankan di hospital,” beritahu Zizan.
Dengan keadaan mereka berdua dalam ketika ini, Zizan berharap agar peminat-peminat sentiasa mendoakan kejayaan mereka dan kesejahteraan diri Johan.
“Kepada peminat-peminat Jozan, diharap terus memberi sokongan kepada kami,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
0 comments:
Post a Comment