LONDON – Juara dunia tujuh kali, Datuk Nicol David menempah tempat ke perlawanan separuh akhir Skuasy Jelajah Dunia selepas menundukkan Natalie Grinham dari Belanda 11-4, 11-8, awal pagi tadi.
Kemenangan Nicol di peringkat kumpulan adalah susulan kekalahan mengejutnya ke atas pemain England, Laura Massaro 12-10, 11-9, baru-baru ini.
Pemain skuasy nombor satu dunia itu akan berdepan dengan pemain Perancis, Camille Serme dalam perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung hari ini (waktu tempatan) di Kelab London Queen, di sini.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua, pemain England, Massaro dan Jenny Duncalf akan bertemu bagi menentukan pemain yang layak ke perlawanan akhir kejohanan itu. – AFP
0 comments:
Post a Comment