Amerika Syarikat – Seorang wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya dengan kejam ketika dia sedang mandi, berjaya memenangi pertandingan American Idol yang diadakan di dalam penjara, ketika wanita itu sedang menunggu kesnya dibicarakan.
Jodi Arias yang menyanyikan O’Holy Night, berjaya mengalahkan 50 banduan lain.
Dia berjaya memenangi pelbagai jenis hadiah termasuk makan malam bersama dengan rakan dalam sel penjara.
Jodi memenangi pertandingan itu, selepas dua tahun dia didakwa membunuh Travis Alexander, selepas beberapa bulan mereka berpisah.
Jika sabit kesalahan, dia bakal menjadi wanita keempat di Amerika Syarikat yang berdepan hukuman mati selepas hakim menolak usul agar hukuman mati itu diketepikan.
Travis, 30, ditemui mati dengan 27 kesan tikaman, manakala lehernya dikerat dan kepalanya ditembak, dalam satu serangan di rumahnya di Wrizona.
Jodi, yang juga seorang jurugambar, telah menjalin hubungan dengan Travis selama enam bulan bagaimanapun tidak mengaku salah atas tuduhan berkenaan.
Namun penyiasat mendakwa Jodi membunuh Travis kerana terlampau cemburu dengan lelaki berkenaan selepas mereka berpisah, selain turut mengendapnya selama beberapa bulan sebelum membunuhnya.
Malah pada bulan Jun 2008, Travis memberitahu rakan-rakannya bahawa Jodi telah menggodam akaun Facebooknya.
Bagaimanapun peguam bela Jodi memberitahu, anak guamnya itu membunuh Travis bagi mempertahankan diri, selepas dia menjadi mangsa dera Travis, ketika mereka masih menjalinkan hubungan.
Sepanjang ditahan, Jodi telah beberapa kali menukar keterangan termasuk memaklumkan kepada penyiasat bahawa mereka menjalinkan hubungan secara rahsia selepas berpisah.
0 comments:
Post a Comment