Kos Pembantu Rumah Indon Kini RM6,700

KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.   Struktur  kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.  "Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo pada sidang media di sini, hari ini.  Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.  Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.  -- LAGI    AMAH-INDONESIA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR    Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.  Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.  "Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil," katanya.  Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.  "Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih. Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.  Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.  -- BERNAMA

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.
Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.
“Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI) sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” kata Presiden PAPA,
Jefrrey Foo pada sidang media di sini, hari ini.
Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.
Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.
Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.
Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.
“Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil,” katanya.
Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.
“Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih. Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.
– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story