Cuepacs Mahu Pekerja Kontrak Dilantik Semula

Datuk Omar Osman

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta majikan mematuhi pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya pekerja kontrak di agensi kerajaan disambung semula perkhidmatan mereka sehingga akhir tahun ini.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata ketika ini seramai 300 pekerja kontrak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung dan 88 di Sarawak ditamatkan kontrak berkuat kuasa 31 Dis lalu dan mereka tidak dilantik semula seperti arahan pekeliling SPA pada November lepas.
“Penamatan perkhidmatan tidak sepatutnya berlaku memandangkan jabatan lainseperti Perbendaharaan telah mengikuti pekeliling dengan menyambungkan kontrakpekerja-pekerjanya sehingga akhir tahun ini (31 Dis 2013),” katanya kepadaBernama di sini Khamis.
“Sekarang susah mahu mencari pekerjaan. Jika memberhentikan kontrak merekamaka masalah pengangguran semakin serius akan berlaku di negara ini.
“Jabatan yang enggan mengikut arahan pekeliling itu memberi alasankekurangan bajet untuk melantik semula pekerja kontrak,” katanya.
Justeru, Omar meminta pekerja yang tidak disambungkan kontrak agar melaporkannya kepada Cuepacs supaya perkara itu boleh dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Cuepacs juga mahukan supaya pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan SumberManusia (HRMIS) dikaji semula memandangkan timbul pelbagai kesulitan termasukmasalah permohonan cuti dalam talian.
Beliau mencadangkan supaya sistem itu ditukarkan kepada sistem manual bagimemudahkan penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran yangmelibatkan HRMIS.
Omar turut meminta kerajaan mengkaji semula waktu kerja petugas di 1MalaysiaCall Centre yang beroperasi 24 jam di Putrajaya dengan mencadangkan pegawai yangsudah berkeluarga, bekerja pada waktu siang manakala mereka yang bujang, bekerjapada syif malam.
Selain itu, beliau juga menyarankan penambahan 100,000 penjawat awam diseluruh negara khususnya dalam bidang khidmat pelanggan.
“Cuepacs juga tidak bersetuju dengan cadangan SPA baru-baru ini untukmengurangkan 10 peratus penjawat awam pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story