Kotoran burung, rahsia di sebalik kecantikan Geisha
Pernah cuba facial kotoran burung? Yeah, mungkin anda berasa aneh setelah mendengarnya. Namun, banyak selebriti telah mencuba rawatan kecantikan yang menggunakan kotoran burung tersebut, terutamanya burung Bulbul.
Kotoran burung merupakan salah satu trend baru dalam industri kecantikan. Beberapa produk kosmetik kini cukup sering menggunakan bahan-bahan aneh untuk membuat suatu produk kecantikan. Mulai dari bisa ular beracun hingga kotoran haiwan. Penggunaan dengan masker kotoran burung bulbul? Berikut adalah fakta menarik tentang masker kotoran burung bulbul, seperti dinyatakan dari Boldsky.
1. Masker kotoran burung bulbul dikenali dengan sebutan facial Geisha kerana ia memang berasal dari Jepun.
2. Masker jenis ini berisi campuran kotoran burung bulbul, dedak, dan air.
3. Dedak padi berkesan dalam proses pengelupasan kulit. Tentu saja kotoran burung tersebut tidak langsung ditempelkan ke wajah, melainkan dicampur dengan dedak.
4. Burung bulbul yang diternakkan hanya diberi makan benih organik sehingga kotoran mereka agak bersih untuk digunakan pada wajah. Selain itu, kotoran yang telah terkumpul disterilkan terlebih dulu dengan UV.
5. Sterilisasi dilakukan untuk menyingkirkan bau dari kotoran burung. Kemudian mengubahnya jadi bubuk yang mudah digunakan sebagai masker.
6. Masker burung bulbul dapat menyembuhkan kerosakan kulit akibat paparan matahari dan jerawat. Disamping melawan tanda-tanda penuaan, masker ini juga boleh digunakan untuk memperhalus kulit.
Kulit halus dan bersinar memang jadi dambaan setiap insan. Namun, ada cara baik untuk mewujudkannya, yakni dengan bersenam dan memakan makanan sihat. Kemudian lakukan perawatan kulit dengan cara-cara semulajadi.sumber
0 comments:
Post a Comment