Zarina Bakal Dipecat Dari Seniman! – Zed Zaidi

Zarina Bakal Dipecat Dari Seniman! – Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – Pengerusi persatuan Seniman, Zed Zaidi memberitahu pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie bakal dipecat dari persatuan itu sekiranya didapati bersalah memiliki dadah.
Menerusi laporan Sinar Harian, Zed Zaidi memberitahu Zarina akan digantung keahlian dalam Seniman buat sementara waktu.
Sekiranya kes Zarina di mahkamah menunjukkan wanita kontroversi tersebut bersalah, Zed Zaidi tidak teragak-agak akan memecat Zarina sebagai salah seorang ahlinya.
“Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.
“Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,” kata Zed Zaidi.
Kata Zed Zaidi, dia tidak mahu terdapat artis di Malaysia yang terlibat dengan aktiviti jenayah terutama sekali kes-kes berkaitan dadah merosakkan imej industri seni tempatan.
Ini kerana, keadaan tersebut mampu memberikan kesan dan impak negatif kepada artis-artis lain.
“Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain,” katanya.
Beberapa hari lalu, Zarina dan teman lelaki, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, ditahan di kediamannya kerana memiliki memiliki dua biji pil dadah Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram.
Bagaimanapun, Zarina mengaku tidak bersalah memiliki dadah tersebut di Mahkamah Majistert di sini dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000.
Namun, semalam, Zarina dilaporkan dibawa ke Kompleks Penjara Kajang kerana tiada ikat jamin dari ahli keluarganya sendiri.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story