Lisle CEO AIA Berhad, ING Insurance

Lisle CEO AIA Berhad, ING Insurance

KUALA LUMPUR – William (Bill) Lisle dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA Berhad dan ING Insurance Berhad yang baharu.
AIA Bhd. melalui satu kenyataan media memberitahu, pelantikan bekas Ketua Pegawai Pengedaran Kumpulan AIA itu akan menerajui penggabungan AIA dan ING di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Lisle mempunyai pengetahuan luas dalam industri insurans dan pernah memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Pengarah Urusan Asia Selatan untuk
Aviva dan CEO Prudential Malaysia.
“Semenjak menyertai AIA pada Januari 2012, beliau memainkan peranan utama dalam membangunkan Agensi Premier Kumpulan,” kata kenyataan itu hari ini.
Dalam pada itu, kata kenyataan itu, pengambilalihan ING Malaysia oleh AIA Group Limited baru-baru ini menjadikan AIA peneraju utama dalam pasaran.
Justeru pengalaman Lisle dan kefahaman yang mendalam terhadap pasaran Malaysia menjadikan beliau calon yang sesuai mengetuai penggabungan tersebut, kata kenyataan itu.
AIA Group Limited melengkapkan pengambilalihan ING Management Holdings (Malaysia) Sdn. Bhd. pada 18 Disember 2012.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story