Potong Gaji Pemain Tidak Berdisiplin

Datuk Seri Ahmad Said

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan mengenakan tindakan potong gaji kepada pemain skuad Penyu dan T-Team yang didapati sengaja melakukan kesilapan sehingga menjejaskan pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu dilihat perlu kerana pada musim lepas ada pemain yang dilihat sengaja melakukan kesalahan agar dikenakan kad kuning atau dibuang padang sehingga menjejaskan formasi pasukan.
“Saya tidak boleh bertolak-ansur dengan pemain-pemain yang tidak berdisiplin kerana kita (kerajaan negeri) melabur bukannya sedikit bagi kedua-dua pasukan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak pemain Liga Super untuk pasukan Terengganu dan T-Team, di sini malam semalam.
Keputusan itu juga bagi memastikan impian kedua-dua pasukan terbabit membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim yang akan bermula tidak lama lagi, tidak berkecai di tengah jalan gara-gara isu disiplin pemain.
“Pemain-pemain perlu ingat, tahun ini persaingan Liga Malaysia bertambah sengit memandangkan pasukan-pasukan membuat pelaburan begitu besar dengan membariskan bintang-bintang ternama,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story