Menyedihkan apabila ada yang sanggup mempergunakan kuasa orang lain demi untuk kepentingan diri sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila ia terjadi kepada mereka yang sudah berumur.
Menerusi Harian Metro, hari ini, Presiden Persatuan Artis Veteran, Datuk Aziz Sattar atau Pak Aziz telah mengalami satu situasi yang dia sendiri tidak perasan sebelum ini.
Menurutnya, terdapat seorang inidividu ini yang telah mengambil kesempatan dengan meniru tandatangannya untuk memohon rumah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Jika mahu persatuan bantu sekalipun, datang berjumpa saya atau ahli jawatankuasa lain.
“Saya mendapat tahu kejadian ini daripada rakan yang memaklumkan ada individu mengambil tandatangan saya yang diimbas (scan) sebagai sokongan memohon rumah,” katanya.
Tambahnya, tindakan individu terbabit dianggap serius dan menjejas nama baiknya sebagai teraju persatuan itu yang mempunyai 200 ahli.
“Apa yang jelas, tindakan itu salah dan menyalahi undang-undang. Sepatutnya, tandatangan biarlah asli dan tidak perlu dibuat tanpa pengetahuan saya sendiri.
“Saya kenal dengan individu itu, tetapi saya tidak mahu kecoh sehingga membuat laporan polis.
“Saya berharap perkara ini tidak berulang dan menasihati mana-mana ahli atau pihak mahu saya bantu, datang berjumpa dengan saya,” ujarnya.
Pak Aziz berkata, beliau bukan saja terkejut dengan perbuatan individu berkenaan yang dikenalinya tetapi mendapat tahu, individu itu sudah mendapat rumah yang dipohon.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment