K’jaan Tidak Bayar Pampasan Kepada P’duduk

Nong Chik

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak akan membayar ganti rugi kepada penduduk Puncak Setiawangsa dan kawasan sekitarnya setelah kawasan kediaman mereka disahkan tidak selamat, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Katanya, kerajaan juga tidak akan membayar pampasan kepada mana-mana bangunan yang terlibat dengan perobohan ataupun penduduk sekitar yang diarahkan berpindah.
“Perkara berikut harus diselesaikan di antara pemaju dengan pembeli sendiri kerana mereka membeli di kawasan yang berisiko tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak tanah runtuh di sini hari ini.
Raja Nong Chik berkata, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan dan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di kawasan itu.
“Soal nilai tanggungan kerajaan tidak timbul, ini adalah satu perkara yang berlaku di luar jangkaan,” katanya.
Raja Nong Chik berkata, pemilik berhak menghantar sebarang memorandum tuntutan kerana itu adalah hak mereka.
“Kalau kerajaan kena tanggung apa yang pemaju sepatutnya bertanggungjawab, saya rasa itu tidak adil pada rakyat yang membayar cukai,” katanya. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story