VIDEO: Bila Zizan Jadi Ala-Ala Ustaz Azhar Idrus…

VIDEO: Bila Zizan Jadi Ala-Ala Ustaz Azhar Idrus...

SEMALAM merupakan minggu ke-8 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu.
Kumpulan favourite, JOZAN bagaimanapun tampil solo bila Johan masih lagi dirawat akibat pembedahan.
Walaupun Zizan berseorangan, namun ‘auranya’ ternyata tetap kuat apabila lawak jenakanya berjaya membuatkan penonton yang hadir gelak besar dengan aksinya.
Apatah lagi bertanding di ‘kampung’ sendiri.
Malam tadi Zizan muncul dengan imej ala-ala pendakwah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.
268427_435545883177353_136580981_n
Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi mungkin, awal-awal persembahannya lagi dia telah memberitahu penonton;
” Nampok macang sama, tapi bukang dia, bukang dia,” kata Zizan yang membuatkan penonton ‘pecah perut’.
Zizan juga membawa ‘style’ Ustaz Azhar iaitu sesi soal jawab, cuma dalam lawaknya, Zizan membawa persoalan mengenai kisah rakyat iaitu tentang Batu belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.
Memang lucu habis, apatah lagi dengan dialek Terengganu pekatnya itu.
Saksikan video di bawah (kalau belum BANNED kat You Tube lah kan)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story