Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Mangsa Banjir Di Kelantan

KUALA LUMPUR — Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan meningkat kepada 45 orang malam tadi berbanding 41 orang petang tadi.
Menurut portal banjir negeri, jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Puteh yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang meningkat kepada 22 orang.
Jumlah mangsa banjir di jajahan Tanah Merah yang ditempatkan di Dewan Desa Taqwa Kambung Nibong kekal kepada 23 orang.
Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan.
Di TERENGGANU, banjir mencatat penurunan apabila hanya satu pusat banjir dibuka dengan menempatkan hanya 21 orang malam ini berbanding 41 orang petang tadi.
Menurut portal banjir negeri, pusat penempatan Surau Kampung Nyatuh, di Setiu masih dibuka selepas pusat penempatan Dewan Sivik Batu 24 di Hulu Terengganu yang menempatkan 20 orang telahpun ditutup operasinya.
Kesemua mangsa banjir di Hulu Terengganu telah pulang ke rumah masing-masing petang tadi ekoran keadaan banjir di kawasan mereka telahpun pulih. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story