Mangsa Banjir Kelantan & T’ganu Kekal 47 Orang

Mangsa Banjir Kelantan & T'ganu Kekal 47 Orang

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Kelantan dan Terengganu sehingga 10 pagi Sabtu kekal 47 orang seperti semalam, menurut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara.
Di KELANTAN, 26 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu, 22 orang di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, di Pasir Puteh sementara empat mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Baharu.
Sementara itu di TERENGGANU, 21 orang mangsa masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan banjir Surau Kg Nyatuh, Setiu.
Jumlah korban banjir di Terengganu masih kekal enam orang setakat ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story