KUALA LUMPUR – Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan seorang rakyat Malaysia menghasilkan satu produk kreatif iaitu kertas yang diperbuat daripada daun nenas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, produk yang dihasilkan dengan kerjasama warga tempatan, Mohamad Shamsur Salim itu akan dikomersilkan oleh Syarikat Green One yang beroperasi di Jasin, Melaka.
“Produk bercirikan teknologi hijau ini amat kreatif dan dihasilkan menggunakan peralatan moden berteknologi tinggi. Produk kertas nenas ini amat sesuai dijadikan sebagai produk pelancongan dan dan cenderahati,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Abu Bakar berkata, orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mempelajari teknik membuat kertas daripada daun nenas terbabit.sumber
0 comments:
Post a Comment