Hafiz Dipaksa Kahwin Dengan Janda?

Hafiz Dipaksa Kahwin Dengan Janda?

Sudah menjadi adat apabila seseorang artis ini menjadi pujaan ramai, ada saja yang berlaku kepada mereka.
Terutamanya kepada peminat fanatik ini, ada yang sampai sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan pemikiran.
Baru-baru ini, semasa penyanyi lagu Awan Nano sedang menunggu giliran untuk ditemubual bersama satu segmen untuk program di Astro, satu insiden yang amat mengejutkan telah berlaku.
Seorang peminat fanatik Hafiz Suip dikatakan telah membuat huru-hara apabila dia memujuk Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman hidup!
Lebih mengejutkan, dia mahu menjadikan Hafiz seolah-olah ‘pak sanggup’ kerana wanita yang bergelar status janda itu  sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.
Terkejut bukan kepalang!
Wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama menanam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu sejak dia mula-mula terjun ke dalam bidang seni.
Memetik laopran Murai, Hafiz khabarnya cukup bijak mengawal perasaannya meskipun di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
Hafiz tidak mudah melenting, sebaliknya meminta janda berkenaan menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.
Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz.
Janda berkenaan juga tidak segan silu berkongsi gambarnya dengan portal Murai bagi membuktikan rasa cinta dan kasih yang begitu mendalam terhadap Hafiz.
Haih! Macam-macamlah!
Sikap serta tindakan janda berkenaan menyerang Hafiz di set penggambaran adalah adegan yang tidak ingin kita lihat lebih-lebih lagi kepada selebriti popular sepertinya.
Sabar je lah….
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story