Beto Kusyairi Pernah Jadi Maskot Along!

Beto Kusyairi Pernah Jadi Maskot Along!

Masih ingat dengan satu rancangan judul ALONG yang maskotnya adalah kucing coklat yang besar?
Rancangan Along sangat popular suatu ketika dahulu hinggakan kanak-kanak pada zaman itu tidak sabar menonton rancangan itu.
Yang pasti, kanak-kanak akan bersiap sedia duduk di hadapan kaca televisyen menantikan Along muncul.
Penulis pun sudah tidak ingat jam berapa rancangan Along disiarkan dan berapa lama ia ditayangkan.
Apa yang menyebabkan rancangan Along popular mungkin juga faktor kehadiran Siti Sifir yang rancak mengajar orang ramai menghafal sifir.
Masih ingat?
Ada lagi satu kisah yang ingin penulis kongsikan bersama pembaca.
Penulis juga tidak pasti sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah tahu siapakah yang menjadi maskot Along itu.
Kalau yang sudah tahu, baguslah.
Bagi siapa yang tidak tahu lagi, percaya atau tidak, individu yang menjadi maskot Along itu adalah Beto Kusyairi!
Nampaknya, Beto sejak dahulu lagi gigih untuk menjadi seorang pelakon.
Buktinya, dari hanya menjadi maskot, kini Beto sudah pun berjaya mencipta nama dalam dunia lakonan tempatan.
1
2
3
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: omgcerita.blogspot

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story