Pemeriksaan Kesihatan P’cuma Untuk Kanak-Kanak

Pemeriksaan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Sekretariat Ikon Belia Kementerian Belia dan Sukan (KSB) akan mengadakan program kesihatan untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di Kelana Jaya di sini pada 4 Januari ini (esok).
Program Kem Mingguan Kesihatan Kanak-Kanak itu melibatkan sejumlah sukarelawan dalam bidang kesihatan termasuk doktor dan jururawat yang akan melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Unit Komunikasi Korporat dalam satu kenyataan memberitahu, program yang bakal berlangsung di Markas Rukun Tetangga SS5D itu mendapat kerjasama Dewan Pemuda Masjid dan Ikon Belia, Dr. Mohammad Nawar Ariffin.
“Program dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari ini menyasarkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang mengalami masalah kesihatan.
“Program ini melibatkan sukarelawan daripada bidang perubatan seperti doktor dan jururawat dan pihak sokongan lain yang sama penting peranannya,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, objektif program itu antara lain melahirkan golongan sukarelawan yang ikhlas dalam membantu kanak-kanak sejajar dengan moto program `Keikhlasanmu menambat hatiku’. – mynewwhub.my

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story