Tempah Baju Emas RM800,000 Sambut 2013! - HANGAT!

Baju Emas

Kedatangan tahun baru, 2013 disambut dengan pelbagai cara dan suasana bagi sesetengah orang.
Selalunya, ada yang sakan berparti satu malam tahun baru untuk selain melihat percikan bunga api di langit biru.
Bagi seorang ahli perniagaan di Mumbai, India, cara dia menyambut tahun 2013 amat jauh berbeza dari orang lain.
Percaya atau tidak, lelaki tersebut telah menempah baju emas berharga RM800,000 untuk melaram pada hari tersebut!
Menurut akhbar di negara itu, dilaporkan lelaki itu mahu baju emas itu dihiasai dengan butang kristal jenama barang kemas yang terkenal, Swarovski.
Tempahan baju emas itu dilakukan oleh seorang tukang emas yang profesional dan memakan masa selama 15 hari untuk disiapkan.
Malah, tukang emas itu juga terpaksa berkerja selama 18 jam setiap hari!
Ahli perniagaan itu juga mahu melaram baju tersebut bersama dengan satu utas tali pinggang emas.
“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya.
“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak,” katanya.
Sebelum ini, lelaki itu juga memiliki emas seberat 10 kilogram di mana 10 rantai emas, enam gelang emas, 25 cincin emas dan seutas jam emas.
Untuk langkah keselamatan, dia telah mengupah pengawal peribadi yang sentiasa mengikutinya ke mana sahaja.
Kaya! Kaya!
19553
22-carat-gold-shirt
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: gempak.org

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story