Paparazzi Kejar Justin Bieber Maut Kemalangan

Paparazzi

Los Angeles – Bintang sensasi Justin Bieber terkejut selepas mendengar berita bahawa seorang paparazzi terbunuh dalam satu kemalangan ketika dia sedang merakamkan gambar kereta Ferrari berwarna putih milik penyanyi berkenaan.
Bagaimanapun dalam kejadian itu, Bieber tidak berada dalam kenderaan berkenaan.
Jurugambar berusia 29 tahun itu dipercayai telah mengekori Ferrari berkenaan dan telah keluar dari keretanya untuk merakamkan gambar kenderaan itu.
Namun ketika cuba menyeberang jalan untuk kembali semula ke keretanya, jurugambar itu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Menurut polis, lelaki itu yang masih belum didedahkan identitinya telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Setakat ini tiada tindakan diambil ke atas pemandu kenderaan yang melanggar mangsa.
Dalam pada itu, Bieber dilaporkan terkejut dengan kejadian tersebut dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Biarpun saya tidak berada di tempat kejadian atau terlibat secara langsung dalam kemalangan tragis ini, namun ingatan saya bersama dengan keluarga mangsa.
“Adalah menjadi harapan saya agar perkara ini akan memberikan kesedaran kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah bagi meningkatkan kawalan keselamatan ke atas selebriti, pegawai polis, orang ramai yang tidak berdosa dan jurugambar itu sendiri,” kata Bieber.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story