Sanggup Tatu Gusi Untuk Kelihatan Hitam

Sanggup Tatu Gusi Untuk Kelihatan Hitam

Senegal – Ada manusia sanggup melakukan apa sahaja demi untuk cantik. Tidak terkecuali sebilangan penduduk di Senegal yang sanggup mencacah gusi mereka agar ia berwarna hitam.
Alasannya, selain menampakkan gigi lebih putih, ia juga menghalang nafas berbau.
Menurut wanita di negara berkenaan, masyarakat zaman dahulu telah melakukan tatu itu bagi melindungi gusi mereka, dan tradisi tersebut menjadi ikutan sebilangan penduduk di negara itu.
Prosedur berkenaan sebelum ini tidak diketahui sehinggalah stau rakaman video menunjukkan bagaimana seorang wanita, Mariéme sanggup menahan sakit semata-mata untuk kelihatan cantik.
Seramai 17,000 orang telah menyaksikan Mariéme menjalani prosedur yang menyakitkan itu selepas rakaman itu tersebar ke internet.
Menurut Mariéme, dia menjadi obses untuk kelihatan cantik dengan mencacah gusinya.
Dia sanggup membayar seorang wanita, yang juga pekerja di rumahnya untuk mencacah gusinya dengan menggunakan minyak yang dipanaskan dan mentega.
Bahan berkenaan ditekap ke gusinya sebelum jarum digunakan untuk menekan bahan
“Ia amat menyakitkan. Saya tidak akan mencadangkan penyeksaan ini kepada sesiapa pun.
“Selepas beberapa hari, ia amat menyakitkan dan saya menyangka saya akan mati, namun saya cuba bertahan,’’ katanya.
Mariéme bagaimanapun tidak menyesal, malah berbangga kerana dia kini memiliki senyuman yang menawan.
“Wanita tidak seharusnya memiliki gusi merah kerana senyuman yang menawan akan menarik perhatian lelaki,’’ katanya.
Bagaimanapun kata Mariéme, tidak ramai wanita di Senegal berminat dengan kaedah mentatu gusi lagi,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story