VIDEO: Samun Waktu Siang Di Penang!

Video: Merompak Waktu Siang Di Penang!

Sekarang ini, kes jenayah telalu banyak berlaku di semua tempat tidak kira masa dan keadaan tempat itu.
Keadaan di mana ramai orang di satu-satu tempat juga tidak dihiraukan sekiranya seseorang itu ingin melakukan jenayah.
Baru-baru ini, pada tahun baru, sekumpulan mat motor menyamun seorang lelaki di sebuah restoran makanan terkenal, Koay Teow Restaurant, Bukit Mertajam.
Seorang lelaki  yang sedang berjalan di luar restauran itu dikejar oleh kumpulan mat motor itu yang ingin merompaknya.
Lelaki tersebut bertindak lari masuk ke dalam restauran tersebut dengan harapan dia tidak kejar kerana ketika itu ramai orang sedang menjamu selera dalam restauran itu.
Tetapi, seorang mat motor masih mengejar lelaki itu dengan membawa sebilah parang.
Kerana takut dan terkejut dengan tindakan mat motor itu, lelaki tersebut akhirnya memberikan apa sahaja yang ada pada dirinya.
Mungkin ada yang bersuara kenapa tidak seorang pun yang membantu lelaki tersebut.
Melihatkan mat motor itu membawa sebilah parang, mungkin juga tiada sesiapa yang berani melawan dengan tangan kosong kerana takut ancaman senjata dari lelaki samseng tersebut.
Apa yang menyedihkan, rompakan itu dilakukan pada waktu siang hari dengan keadaan sekeliling orang yang ramai.
Inilah dikatakan kerana duit dan harta, sanggup mencederakan dan membunuh orang. Astaghfirullah!
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story