Kerajaan Thailand Lancar TV Melayu

Thailand Lancar TV Melayu

BANGKOK – Kerajaan Thailand semalam telah melancarkan saluran televisyen berbahasa Melayu pertama dalam usaha mendekati audien di kawasan selatan yang majoritinya penduduk beragama Islam.
Penyelia projek, Chamroon Den-udom menyatakan bahawa saluran baharu itu akan meningkatkan persefahaman di antara penganut Islam dan Buddha di negara ini.
Pada peringkat awal, stesen televisyen yang diberi nama TV Melayu itu hanya menawarkan program berita selama setengah jam setiap hari sebelum menyiarkan rancangan televisyen 24 jam sehari bermula tahun depan.
Penganut Islam di Thailand terutama di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat menyatakan mereka sering dilayan sebagai warga kelas kedua oleh pihak berkuasa Thai yang kebanyakannya beragama Buddha.
Sejak pemberontakan meletus pada 2004, lebih 5,000 orang telah terbunuh untuk menuntut satu wilayah Islam yang merdeka. – AP

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story