Yuna Sah Tarik Diri Dari AJL27

Yuna

Tinggal empat hari saja lagi Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
Dalam kesibukkan penganjur menguruskan segala persiapan, tiba-tiba mereka menerima khabar daripada pengurus Yuna Zarai, Wawa yang mana Yuna telah menarik diri daripada pertandingan berkenaan.
Dikhabarkan, Yuna tidak dapat beraksi di AJL27 kerana mempunyai komitmen rakaman album di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Keputusan muktamad Yuna itu akhirnya disahkan oleh pihak penganjur.
Namun, dia yang sepatutnya membawakan lagu Terukir Di Bintang membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian lain.
Yuna bukan sengaja mahu menghampakan jutaan peminatnya tetapi dia sekarang dalam proses rakaman album terbaru bersama anggota Incubus!
Kalau nak tahu, sekarang ini Yuna tak lagi bernaung di bawah Fader Label.
Kini, dia telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman utama di Los Angeles, jadi dia terikat dengan komitmen yang bertembung dengan AJL27.
Nama syarikat rakaman terbaru Yuna terpaksa dirahsiakan.
Yang pasti, syarikat rakaman ini antara label yang cukup terkenal dan Yuna sangat berharap ia boleh membawa karier muzik Yuna pergi lebih jauh.
Syabas buat Yuna!
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story