Anggota polis membuat operasi mencari tujuh banduan di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, Selasa.
Polis P.Pinang mengerahkan 120 anggotanya memburu tujuh tahanan yang meloloskan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Isnin.
Banduan tersebut dikatakan berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan polis terpaksa memberhentikan van di tepi jalan sebelum mereka melempar serbuk cili kepada polis berkenaan dan merampas kenderaan itu.
Bagaimanapun dua banduan dapat diberkas setelah menemui semula van di Kampung Padang Chempedak di Tasek Gelugor.?? -fotoBERNAMA
0 comments:
Post a Comment