Right Now Single Kedua Dari Psy?

Psy

Selepas lagu Gangnam Style mencetus fenomena pada 2012, ramai yang ternanti-nantikan apakah lagu seterusnya yang bakal dibawakan penyanyi dari Korea Selatan ini.
Terbaru, menerusi (Buzz Feed), ada menyenaraikan yang lagu Right Now patut dijadikan single kedua Psy.
Walaupun lagu tersebut terbit pada tahun 2010, namun kini ia wajar dinyanyikan semula memandangkan Psy kini sudah popular berbanding tahun 2010.
Lagu Right Now ini membawa mesej yang positif dalam dunia pop masa kini di mana seseorang individu itu tidak perlu berpura-pura untuk jadi orang lain dan menghukum seseorang itu kerana berlainan ideologi.
Malah, para peminat hiburan yang sudah mendengar lagu ini juga berpendapat ia lebih baik berbanding lagu Gangnam Style.
Apa pendapat anda? Saksikan video ini..


Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story